Mata pelajaran Grafik Berkomputer digubal dengan tujuan untuk
menghasilkan pelajar yang berpengetahuan tentang kaedah dan proses
penghasilan produk grafik serta berkebolehan untuk menghasilkan produk
grafik yang menarik dan berkualiti menggunakan peralatan teknologi
maklumat dan komunikasi. Pengalaman yang diperoleh melalui mata
pelajaran ini membolehkan pelajar untuk terus menceburi bidang pekerjaan
yang berkaitan dengan penerbitan dan pengiklanan.
Ke arah mencapai matlamat mata pelajaran Grafik Berkomputer, objektif
berikut digariskan, iaitu bagi membolehkan pelajar:-
- Membina asas pengetahuan untuk menghasilkan produk grafik berkomputer,
- Menggunakan perkakasan dan perisian yang khusus untuk menghasilkan grafik,
- Mereka bentuk produk grafik berdasarkan prinsip seni reka,
- Menghasilkan produk grafik menggunakan perkakasan dan perisian mengikut fasa penghasilan selaras dengan norma industri,
- Membina kemahiran komunikasi visual,
- Mengamalkan prosedur dan etika kerja pereka bentuk grafik yang profesional,
- Peka terhadap trend dan keperluan bidang kerjaya grafik berkomputer,
- Memupuk kesedaran terhadap kepentingan kreativiti dan profesionalisme dalam bidang kerjaya grafik berkomputer.
No comments:
Post a Comment