Rona (Hue)
Hue merujuk kepada warna asal. Hue
juga merujuk kepada nama bagi warna. Variasi satu hue boleh menghasilkan
warna yang berbeza-beza. Contohnya, hue biru boleh menjadi biru cerah,
biru muda, biru tua, biru laut atau biru langit yang mana variasi warna
tersebut adalah daripada hue yang sama iaitu biru. Satu warna yang
dipanggil namanya paling ketara atau dominan adalah hue. Di bawah
menunjukkan enam nama yang selalu diperlukan untuk menjelaskan hue.
MERAH OREN KUNING HIJAU BIRU UNGU
Walau bagaimanapun, hampir
semua warna meliputi lebih daripada satu hue tetapi satu hue adalah
dominan dan lain-lain wujud dalam kadar yang kecil disebabkan gubahan
warna tersebut. Contohnya adalah seperti di bawah:
Berdasarkan rajah di atas, A ialah warna hasil pencampuran warna merah
dengan warna kuning. Hasilnya, A dipanggil warna oren. B pula dipanggil
dengan warna kuning kerana tiada gubahan warna yang dilakukan. C pula
dipanggil kuning-hijau iaitu hasil pencampuran warna kuning dan hijau.
Warna oren, kuning dan kuning-hijau adalah penjelasan yang sempurna
dalam memanggil nama warna tersebut.
Nilai (Value)
Value atau juga dikenali kecerahan
(brightness) merujuk kepada perkaitan antara pencahayaan dan kemalapan
warna atau sampel. Value berbeza sama ada hue wujud atau tidak. Value
mudah difahami sebagai nilai berskala siri iaitu dari gelap ke cerah
tanpa kehadiran hue seperti rajah di bawah.
Tints
Tints adalah menambah warna putih ke dalam warna yang menjadikan warna lebih lembut atau memutih. Contoh seperti berikut:
Shade
Shade adalah menambah warna hitam ke dalam warna yang menjadikan ia bertambah gelap. Contoh seperti berikut:
Tones
Tones adalah menambah warna kelabu ke dalam warna. Contoh seperti berikut:
No comments:
Post a Comment