Monday, May 27, 2013

Nilai


Rona (Hue)

Hue merujuk kepada warna asal. Hue juga merujuk kepada nama bagi warna. Variasi satu hue boleh menghasilkan warna yang berbeza-beza. Contohnya, hue biru boleh menjadi biru cerah, biru muda, biru tua, biru laut atau biru langit yang mana variasi warna tersebut adalah daripada hue yang sama iaitu biru. Satu warna yang dipanggil namanya paling ketara atau dominan adalah hue. Di bawah menunjukkan enam nama yang selalu diperlukan untuk menjelaskan hue.
 
MERAH     OREN     KUNING     HIJAU    BIRU     UNGU
 
     Walau bagaimanapun, hampir semua warna meliputi lebih daripada satu hue tetapi satu hue adalah dominan dan lain-lain wujud dalam kadar yang kecil disebabkan gubahan warna tersebut. Contohnya adalah seperti di bawah:





   Berdasarkan rajah di atas, A ialah warna hasil pencampuran warna merah dengan warna kuning. Hasilnya, A dipanggil warna oren. B pula dipanggil dengan warna kuning kerana tiada gubahan warna yang dilakukan. C pula dipanggil kuning-hijau iaitu hasil pencampuran warna kuning dan hijau. Warna oren, kuning dan kuning-hijau adalah penjelasan yang sempurna dalam memanggil nama warna tersebut.

Nilai (Value)

Value atau juga dikenali kecerahan (brightness) merujuk kepada perkaitan antara pencahayaan dan kemalapan warna atau sampel. Value berbeza sama ada hue wujud atau tidak. Value mudah difahami sebagai nilai berskala siri iaitu dari gelap ke cerah tanpa kehadiran hue seperti rajah di bawah.




Tints

Tints adalah menambah warna putih ke dalam warna yang menjadikan warna lebih lembut atau memutih. Contoh seperti berikut:




Shade

Shade adalah menambah warna hitam ke dalam warna yang menjadikan ia bertambah gelap. Contoh seperti berikut:


Tones

Tones adalah menambah warna kelabu ke dalam warna. Contoh seperti berikut:





Warna

 

Terdapat dua jenis model warna asas iaitu warna penambah (additive colour) dan warna subtraktif (subtractive colour)
 
Warna Penambah (Additive Colour)

  • Warna penambah melibatkan pencampuran cahaya berwarna.
  • Warna utama ini ialah merah, biru dan hijau. Campuran warna utama menghasilkan warna putih.
  • Warna ini biasanya digunakan untuk paparan skrin televisyen dan komputer.
 
Konsep warna penggenap dapat dilihat seperti rajah di bawah:
 

 
Warna Subtraktif (Subtractive Colour)
  • Warna subtraktif melibatkan pencampuran cat berwarna, pigmen dakwat dan pewarna.
  • Warna utama ini ialah sian, magenta dan kuning. Campuran warna utama menghasilkan warna hitam.
  • Warna ini biasanya digunakan dalam pigmen untuk membuat cat, dakwat, mewarnakan fabrik dan warna bersalut yang dilihat dan digunakan setiap hari.
 
Konsep warna subtraktif dapat dilihat seperti rajah di bawah:
 

 
Dalam proses percetakan, warna subtraktif digunakan sebagai rujukan dan panduan. Warna sian, magenta, kuning dan hitam digunakan dalam proses tersebut. Ini dikenali sebagai CMYK ringkasan bagi (Cyan, Magenta, Yellow, blacK) di mana K singkatan untuk hitam dalam proses percetakan.

Elemen Grafik



Garisan (Line)

Garisan merupakan satu laluan (path) antara dua titik. garisan boleh jadi lurus, melengkung, tegak, mengufuk, pepenjuru, atau zig-zag. Garisan disifatkan sebagai gerakan dan arah atau haluan. Garisan juga merupakan suatu yang tersirat di mana ia menggantikan fikiran apabila beberapa titik berkedudukan secara geometri dalam satu rangka. Contohnya, meletakkan empat titik di satu muka surat yang membentuk segi empat boleh menyifatkan titik-titik tersebut berhubungan apabila fikiran mencari bentuk corak yang dapat dikenalpasti. Tepi bentuk dan rupa bentuk menghasilkan garisan.
 
Arah dan orientasi satu garisan boleh juga menandakan perasaan tertentu. Garisan melintang menandakan sebagai ketenangan dan berhenti, manakala garisan menegak menandakan kuasa dan daya. Garisan condong menandakan sebagai gerakan, tindakan dan perubahan. Garisan melengkung atau garisan berbentuk S menandakan senyap, tenang dan perasaan berahi. Garisan yang bertumpu menandakan kedalaman, skala dan kejauhan iaitu pagar atau jalan yang bertumpu memberi jarak ilusi daripada imej dua dimensi menjadi kedalaman tiga dimensi. Garisan merupakan elemen grafik yang berkesan kerana garisan boleh membimbing pandangan mata.

Garisan Melintang
Garisan Menegak


Garisan Melengkung
Garisan Bertumpu



Bentuk (Shape)

Bentuk ditakrifkan sebagai kontur yang tertutup dan merupakan elemen yang ditakrifkan melalui parimeternya. Bentuk adalah rata serta mempunyai panjang dan lebar. Contoh bentuk asas ialah bulatan, segi empat tepat dan segi tiga seperti rajah di bawah.



Rupa Bentuk (Form)

Rupa bentuk mempunyai bentuk dan struktur elemen dimensi dalam komposisinya. Rupa bentuk boleh menjadi dua dimensi dan tiga dimensi serta boleh menjadi realistik, abstrak atau lain-lain. Sebenarnya rupa bentuk berasal daripada gabungan titik, garisan dan bentuk. Contoh rupa bentuk ditunjukkan seperti rajah di bawah.


Ruang (Space)

Ruang ialah kawasan yang disediakan untuk tujuan tertentu. Ruang boleh menjadi dua dimensi (mempunyai panjang dan lebar) seperti lantai atau mempunyai tiga dimensi (mempunyai panjang, lebar dan tinggi). Ruang mempunyai latar belakang (background), latar depan (foreground) dan pertengahan (middle ground). Ruang merujuk kepada jarak atau kawasan sekitar antara atau dalam sesuatu komponen.
 
Terdapat dua jenis ruang iaitu ruang positif dan ruang negatif. Ruang positif merujuk kepada ruang dalam subjek manakala ruang negatif merujuk kepada ruang di sekitar luar subjek. Merujuk kepada gambar rajah di bawah, ruang yang membentuk menara adalah ruang positif manakala ruang di sekeliling menara iaitu ruang yang berwarna putih adalah ruang negatif.





Warna

Warna adalah elemen penting dalam setiap rekaan (design) ketika mereka bentuk identiti rekaan. Penggunaan warna dalam seni tidak terbatas kepada pantulan atau pembiasan cahaya, tetapi warna digunakan untuk reka bentuk menjadi lebih menarik. Terdapat tiga jenis warna iaitu warna primer, warna sekunder dan warna tertiari. Kebiasaanya, kombinasi warna yang digunakan adalah kontras/bertentang untuk menjadikan rekaan lebih menarik. Sub elemen yang dimasukkan dalam warna ialah 'nilai' / value, yang menentukan perbezaan antara kecerahan dan kegelapan bagi shade. 

Tekstur

Tekstur digunakan untuk membuat rupa permukaan dan berkaitan dengan rias bentuk tertentu. Tekstur merujuk kepada kualiti permukaan bagi bentuk iaitu sama ada licin, kasar atau berkilau. Tekstru boleh menjadi secara tekstil atau secara visual.

Tekstur secara tekstil

Tekstur secara visual



Nilai (Value)

Value atau juga dikenali kecerahan (brightness) merujuk kepada perkaitan antara pencahayaan dan kemalapan warna atau sampel. Value berbeza sama ada hue wujud atau tidak. Value mudah difahami sebagai nilai berskala siri iaitu dari gelap ke cerah.


Sunday, May 26, 2013

Pengenalan Subjek Grafik Berkomputer




  • Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular  digunakan bagi membangunkan sesebuah aplikasi multimedia.
  • Grafik membawa maksud maklumat atau informasi yang disampaikan kepada seseorang pengguna sama ada dalam bentuk tulisan, lukisan, lakaran atau gambar dalam bentuk 2D atau 3D.
  • Grafik juga memberikan maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang  tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks.
  • Grafik dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan tangkapan yang jelas, tepat, dan konsisten antara individu yang berbeza.
  • Grafik dikatakan sebagai sumber penyampaian maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan ianya mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang lebih tinggi. 


Penggunaan gambar foto juga membolehkan sesuatu mesej disampaikan dalam persekitaran yang lebih hidup.
  • Terdapat dua jenis kualiti bagi grafik digital iaitu vektor dan bitmap. Kedua-dua jenis grafik ini mempunyai fungsi dan had yang tertentu dalam menghasilkan sesebuah imej.
  • Membina satu lengkungan dengan menggunakan perisian grafik jenis vektor membenarkan anda menentukan hanya satu warna bagi keseluruhan lengkungan.
  • Pembinaan imej jenis bitmap pula sebaliknya membolehkan anda meminda warna bagi setiap piksel yang ada didalam lengkungan tersebut.
  • Selain itu perbezaan kualiti antara imej bitmap dan vektor dapat dilihat melalui contoh didalam rajah: